SELAMAT DATANG

Sunday, September 4, 2016

Selamat Datang..

Assalamualaikum...

Apa khabar semua..

Lama tul aih menyepi blog ni..
Dari tak ada budak kecik ni,👶  sampai dah umur setahun si Soleh Marjan Najmi ni...hihi

Rindu jugak nk corat coret.. Tapi tak tau nk cerita apa..

Nanti free,  ada sesuatu nak share..
Saya akan menulis lagi.. 😉

Sentiasa menambah nilai baik setiap hari..
Salam rindu

Farid Dahlia. 💋

Thursday, October 15, 2015

KETAHUI 8 masalah kesihatan yang boleh diatasi dengan JUS!




Mengamalkan jus sebagai langkah mencegah dan mengawal penyakit merupakan langkah yang bijak.  Ketahui gabungan buah dan sayuran yang betul membantu anda untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik.

Mari kita lihat gabungannya jus yang boleh dicuba!

JERAWAT
  • Oren bersama mangga
  • Limau gedang bersama lobak merah
  • Tomato bersama lobak merah, epal, tembikai susu dan timun

KANSER
  • Oren bersama pear
  • Kiwi bersama betik dan pear

DIABETES
  • Epal bersama strawberi
  • Pear bersama plum
Minum setiap hari untuk kekal sihat dan menurunkan kandungan gula dalam darah.

TEKANAN DARAH TINGGI
  • Epal bersama timun dan saderi
  • Jambu batu bersama saderi dan buah naga

OBESITI
  • Oren bersama lemon dan saderi
  • Oren bersama mangga dan pear

SAKIT MATA
  • Oren bersama epal dan lobak merah

KESUBURAN
  • Jambu batu bersama saderi dan buah naga
  • Anggur bersama avocado, susu dan madu
  • Anggur bersama lobak merah
KOLESTROL TINGGI
  • Avokado bersama nenas dan susu.  Kemudian kisar bijirin penuh seperti oat ke dalam jus bagi meningkatkan pengambilan serat beta glucan
Sumber : iSIHAT


Pengedar Shaklee Dungun 
013 949 3257
 fb Farid Dahlia 

sila 'Suka' halaman macam2 ada

Wednesday, October 14, 2015

Apam mekar gebus gebas

Haacum!!
Alamak! Bersin suda..dah bersawang blog ni ha..
Punya lama tak jenguk...
Kena start bersih dan kemas2 lagi sekali nih..

Hmm..Belanja resepi apam mudah, tapi SANGAT SEDAP..
Suami dan anak2 suka sangat..esok kena buat lagi ni..

Bahan A:
3biji Telor
1sk Ovalatte
1 1/2 cawan Gula
1sk Esen Vanila

Bahan B:
1cwan Air F&N icecream soda

Bahan C(satukan):
3 cawan Gandum
1sk Baking Powder
Cara-caranya:
1. Pukul telur, gula(saya guna 1 suku cawan jer) dan ovalatte sehingga kembang.
2. Masukkan aiskrim soda, pukul lagi.
3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum. Nak masukkan sedebuk pun boleh, tapi nanti berdebu, comot..
Pukul jer sehingga putih dengan kelajuan maksimum.
4. Bahagikan kepada beberapa bekas, mengikut bilangan warna yang dikehendaki. Saya ada 3 pembantu, jadi, kena buat 3 warna..hehe..
5. Masukkan ke dalam plastik yang berbentuk kon, atau batter dispenser atau apa2 yang mudah bagi anda, ada yang guna sudu jer..masukkan setengah jer, nanti apam akan naik tinggi..aturan warna, sesuka hati..

6. Kukus selama 13 minit, kalo guna acuan besar, kalo acuan comel macam polka dot tu, 7 minit dah cukup.







Tak dan sejuk, dah habis anak2 angkut..
Siap ada penghargaan, 

"Terima kasih ummi! Kuih ni paling sedap ummi buat, esok kita lagi, boleh..?"
Ok lah anak2..esok kita buat lagi..ummi suka buat apa yang anak2 suka makan..hihi


sila 'Suka' halaman macam2 ada

Tuesday, April 21, 2015

5 info penting selepas MELAHIRKAN

1. SAKIT BETIS BAWA MAUT

Kelahiran bayi adalah saat yang menggembirakan.  Walau bagaimanapun, terdapat segelintir wanita mengalami masalah selepas bersalin.  Antaranya ialah sakit di bahagian betis. 

Masalah ini dikatakan berlaku disebabkan oleh darah beku yang tersumbat dalam saluran darah.  Darah beku ini pula boleh bergerak ke saluran darah di paru-paru sehingga boleh mengakibatkan sesak nafas dan kematian ibu.


2. RENGAT SELEPAS BERSALIN

Masalah rengat ini berlaku disebabkan proses pengecutan rahim yang berlaku dengan kuat.  Rahim yang mengecut menghalang aliran darah dari rahim dan seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah.

Kesakitan ini juga boleh berlaku apabila anda menyusukan bayi.  Biasanya darah yang keluar ketika mengalami rengat ini berketul-ketul dan besar. 
Bagaimanapun, jika sakit ini tidak mampu dikawal dan berlarutan, anda dinasihatkan berjumpa doktor.

3. PANDUAN SELEPAS EPISIOTOMI

Sekiranya anda mengalami koyakan ketika bersalin, anda akan mengalami sakit pada faraj.  Kesakitan mungkin akan berlarutan sehingga dua hingga tiga minggu selepas bersalin terutamanya semasa anda duduk atau berjalan.  Koyakan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya. 

Antara tip untuk memastikan luka koyakan cepat sembuh ialah letakkan pad sejuk atau kapas berais di sekitar tempat luka, pastikan tempat luka kering dan bersih dengan mencuci faraj dua ke 3 jam sekali dan biarkan kering daripada darah nifas.  Anda juga boleh menggunakan pengering rambut jika mahu.

4. JANGAN DENGAR MITOS

Sembelit kerap terjadi  ungkin kerana anda takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar.  Untuk mengelakkan najis menjadi keras, amalkan memakan sayuran dan makanan berserat tinggi semasa pantang dan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sehari.


Jangan dengar mitos orang tua berkenaan amalan minum air hanya segelas sehari mahupun tentang sayur sejuk atau panas dan lain-lain.  Dehidrasi akibat kekurangan air lantaran terlalu berpantang menyebabkn luka anda lambat sembuh.  Sekiranya anda masih lagi sembelit selepas mencuba tip yang diberikan, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan laksatif yang sesuai semasa berpantang.

Shaklee turut menawarkan julap lembut yang mesra ibu dan bayi iaitu Herb-Lax.



Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.*

Herb-LaxTM bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.

5. BENTAN

Jika dirujuk kepada pakar perubatan, bentan tidak pernah disebut dalam mana-mana jurnal perubatan.  Namun, untuk makluman, ia adalah situasi yang berlaku kepada wanita selepas bersalin akibat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim saluran atau pundi kencing.  Ia berpunca dari sikap sambil lewa atau tidak prihatin anda terhadap tahap kesihatan dan kebersihan diri sehingga berisiko tinggi untuk memdapat jangkitan kuman.

Anda seharusnya minum lebih bnayak air, jaga kebersihan, lebih kerap menukar tuala wanita atau melakukan rawatan seger pada jahitan yang terbuka pada tempat peranakan untuk mengelakkan jangkitan kuman.  Penjagaan lebih rapi di bahagian peranakan amat penting, termasuk untuk mengelakkan jahitan terbuka dan jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan kuman mudah berjangkit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...